13.7.08

Belajar Tentang Wang

Dicatat oleh melayudilondon |

Jika ada sesiapa bertanya apakah subjek paling penting dalam kurrikulum sekolah, mungkin ramai akan angkat tangan sambil menjawab "Inggeris!" "Mathematik!" "Sains!"

Ya, memang mata pelajaran tersebut penting. Penting untuk jangka pendek supaya lulus periksa. Yang saya fikirkan para pentadbir sekolah harus memperkenalkan kelas kewangan para peringkat sekolah menengah. Ia adalah satu kemahiran yang boleh dipraktiskan seluruh hayat.

Memandangkan makin ramai pemuda-mudi yang jatuh muflis akibat beban hutang-piutang, sememangnya harus kita mengajar generasi baru bagaimana menangani peruntukan belanja bulanan serta selok-belok mengurus kewangan peribadi (personal finance management) sewaktu di bangku sekolah lagi.

Saya amat gembira apabila menemui laman Money Saving Expert yang dikendalai oleh Martin Lewis, seorang wartawan pakar dalam urusan kewangan. Lamannya agak mencelaru dan mungkin lebih praktikal untuk mereka yang menetap di U.K. tetapi ada banyak petua-petua dan alat-alat online yang boleh kita gunakan. Seperti :

Budget Planner
..ataupun Perancang Pembelanjaan, satu alat untuk mengurus pembelanjaan bulanan dan tahunan. Kebanyakkan perancang yang ada hanya memberi scenario bulanan tetapi yang ada di laman ini, memberi scenario secara tahunan.

Demotivator
..bukan! ini bukan robot dari masa depan! Ia adalah alat mengira berapa banyak belanja jajanan anda menjejas gaji setiap bulan.

Contohnya, anda membawa pulang gaji sebanyak $2000 sebulan dan anda selalu membeli cappucino Starbucks berharga $5.50. Tak lah setiap hari, mungkin sekali dalam beberapa hari. Tolak-tarik, anda berbelanja $687.50 setahun bagi menampung tabiat kopi designer anda! Dan mengikut gaji anda, ini sama dengan gaji kerja selama 2.2 minggu!

Martin juga memaut PDF Panduan Kewangan. Panduan sebanyak 38 halaman ini adalah untuk kelas kewangan yang dianjurkan oleh Martin untuk belia-belia muda. Tetapi banyak petua yang boleh dipelajari tak kira tua atau muda.

Seperti mentara yang disyorkan :

Kalau tak ada duit dan ingin membeli belah, tanya 3 soalan -

  • Perlu tak?
  • Mampu tak?
  • Boleh dapat lagi murah tak?

Kalau ada duit, tanya lagi 3 soalan -

  • Kalau beli, pakai tak?
  • Kalau beli, berbaloi tak?
  • Kalau nak beli, boleh dapat lagi murah tak?

Salah satu scenario yang dibentangkan adalah kadar bayaran minima untuk kad kredit.

Bayangkan anda ada hutang kad kredit sebanyak $3000 dengan kadar APR sebanyak 17.9% setahun. Jikalau anda hanya membayar bayaran minima yang dituntut oleh syarikat kredit setiap bulan, teka berapa lamakah baru hutang $3000 akan dilunaskan?

....satu tahun?
.........dua tahun?
............lima tahun?

Tidak tepat. Tidak dekat pun.
Anda perlukan EMPAT PULUH tahun untuk melunaskan hutang anda, dengan bayaran bunga sebanyak $6300 kesemuanya. Tak terperanjat? Ingatlah syarikat kredit tu bukan teman anda! Kalau ada masa terluang, baca lah PDF yang dipaut di atas. Banyak petua yang boleh dipelajari.

0 ulasan:

Subscribe