Tipss 2
Kadang kala saya masuk ke MPH dan Borders dengan niat hendak membeli buku untuk si kecil. Tapi bila terlihat tiket harga.....alamak, tak jadi! Kurang-kurang $5-6 untuk yang ringkas; meningkat kepada berbelas dan berpuluh dolar untuk yang lebih menarik.
Teringat saya bagaimana ketika di London, kami sering membeli buku-buku murah dari kedai-kedai jual borong ataupun di kedai buku terpakai. Rata-rata boleh dapat buku-buku baik dengan harga semurah 50p ($1.20)
Sekarang saya lebih kerap pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku. Untuk menjadi ahli adalah percuma dan boleh meminjam sehingga 4 buku. Cuma mesti hati-hati untuk memulangkan buku dalam jangka tempoh yang dibenarkan. Kalau tidak, kena saman!
Kalau dahulu kami selalu beli majalah, sekarang kami pergi ke perpustakaan sahaja. Bayangkan berapa banyak wang yang boleh dijimat terutama sekali untuk majalah-majalah impot yang berbelas-belas dolar untuk senaskah. Mungkin kami terpaksa membaca isu yang lama tetapi artikel-artikel di majalah tersebut masih tidak basi.
Berita Panas !!!!
Baru-baru ini, saya berlegar di laman Perspustakaan Negara. Mereka ada mengadakan Jualan Buku-buku Perpustakaan di Expo pada 18-20 Julai 2008. Buku-buku terpakai akan dijual dengan harga dari $1.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Siapa saya
Hanya seorang warganegara yang pulang ke tanah air setelah lama menetap di negeri orang. Kadang kala terasa semacam pelancung di negeri sendiri.
Kategori
- Coret-moret (5)
- Tipss (8)
Legar-legar siber
TIPPS
......tips selamat saku!
Sila klik pada pautan Tipps untuk petua - petua yang menyelamatkan saku anda!
......tips selamat saku!
Sila klik pada pautan Tipps untuk petua - petua yang menyelamatkan saku anda!
1 ulasan:
Shikin, awak boleh pinjam sebanyak 8 buah buku untuk setiap kad ahli pada waktu cuti penggal panjang.
Catat Ulasan