10.7.08

Tipss!

Dicatat oleh melayudilondon |

Jangan betulkan skrin anda.
Tajuk di atas bukanlah kesalahan typo.
Inilah projek blog saya - Tip Selamat Saku!
Tujuannya adalah untuk mengumpul apa-apa petua/cadangan/aktiviti/pautan yang berupa diskaun yang boleh meringankan beban kepada saku.

Memandangkan nilai duit makin merosot kerana inflasi, kita harus lah lebih kreatif dalam pembelanjaan sehari-hari. Tidak susah kalau nak kurangkan belanja. Cuma kena usaha sikit

Tipss 1

Tiket Wayang percuma untuk Anak di bawah 7 tahun di Cathay Cineleisure





Promosi tiket wayang percuma untuk anak-anak di Cathay Cineleisure bersama buah tangan merupakan satu pek cereal Kellogs, baucar $10 dari Growing Fun dan keanggotaan seumur hidup.

Syarat :
Satu tiket anak-anak untuk setiap pembelian tiket dewasa.
Hanya untuk hari Isnin hingga Jumaat, sebelum 2 petang.
Promosi sehingga 30 September 2008.







Terkini!

Saya melungsuri laman Golden Village. Kebetulan mereka juga memberi tiket anak-anak percuma bagi setiap pembelian dua tiket dewasa . Tiket percuma kepada
kanak-kanak bawah 12 tahun dan yang paling syok, promosi ini boleh dipakai pada hari Sabtu dan Ahad sebelum 12 tengahari

2 ulasan:

Hanani berkata...

Promosi hebat! Cuma, kalau sebelum 2 petang, kena tunggu hari sebelum Hari Kebangsaan kerana hari tu, kita kerja setengah hari, barulah boleh tonton wayang sebelum 2 petang :)

melayudilondon berkata...

saya dah lihat syarat2 nya. Rupanya sehari sebelum cuti umum tak pakai! hai....

Subscribe