10.7.08

Apa kita perlu, Apa kita mahu

Dicatat oleh melayudilondon |

Trankripsi sembang siber dengan rakan yang lama tak jumpa :

Kawan : Dah kerja ke belum?
Saya : Dah. Mestilah kerja. Satu gaji mana cukup?
Kawan : Apa pulak tak cukup? Ramai keluarga yang gaji bulanan lebih kecil.
Kawan : Yang masalahnya kita nak macam-macam.

Terdiam saya sebentar. Memang betul seperti yang diujarkan kawan saya tu.

Tidak dapat dinafikan orang Melayu Singapura semakin berada.
Rumah lima bilik, dihias dan direnovasi indah
Kereta mewah, tv plasma besar
pembantu rumah
kad kredit setengah dozen dalam tas

Bila dah sibuk dengan gaya hidup baru, garisan diantara keperluan dan kemahuan makin pudar. Untuk mereka yang mampu, silakan lah . Tapi untuk yang tak mampu dan tak sedar mereka tak mampu, ini amat merbahaya.

Bukannya salah mempunyai kereta atau TV canggih. Cuma kita harus mempertimbangkan apakah keperluan kita yang sebenarnya. Terutama dalam keadaan ekonomi meleset ni. Semakin ketara lagi betapa pentingnya kita mengimbang kembali perbelanjaan bulanan dan mengenal pasti apa yang betul-betul kita perlu.

Perlukah kita beli beg atau baju berjenama mewah?
Perlukah kita memakai kereta kemana-mana?
Perlukah kita keluar makan di restoran?

Saya tidak mensyorkan penukaran gaya hidup drastik. Tak perlulah tutup semua api air dan duduk dalam gelap. Mungkin yang baik adalah mengubah serba sedikit gaya hidup mewah kepada gaya hidup perlu.

Tidak salah kalau ada satu-satu belanja-belanja mewah yang dikekalkan. Jika ianya diperlukan sebagai ganjaran penat berkerja ataupun untuk keluarga bersantai, apa salahnya selagi ianya dalam peruntukan belanja bulanan? Di saat inilah kita harus mengimbang secara jujur. Apa yang kita perlu, dan apa yang kita mahu.

PS. Saya tahu pasang hawa dingin tu mahal tapi itu keperluan untuk diri saya. Sanggup tak pakai kereta tak apa. Hawa dingin waktu tidur mesti dihidupkan!

0 ulasan:

Subscribe