10.7.08

Kadar inflasi Singapura mencecah 7.5%

Dicatat oleh melayudilondon |

7.5%! Kadar inflasi yang tertinggi sejak 26 tahun yang lalu.

Para rakyat Singapura yang sudah lemak dengan kadar rendah 1-2% untuk beberapa tahun memang terbatuk-batuk serta terkapai-kapai dengan kenaikan harga sejak kebelakangan ini.

Bising-bising pasal kadar inflasi mungkin tak menarik banyak komen. Kalau nak tahu seteruk mana pukulan inflasi tinggi ini, turun saja ke mana-mana pasar raya dan tempat makan.

Harga beras naik
Harga minyak naik
Harga tambang naik
Harga roti prata naik

Aduh! macam berdas-das tembakan peluru terkena dompet duit.

Untuk mereka yang mempunyai kereta, nampak-nampaknya kereta akan menjadi hiasan tempat letak kereta di rumah. Mana kan tidak; bukan saja harga petrol naik melambung, gantri-gantri ERP pun naik juga.

Ibu-bapa mengeluh panjang sementara membeli-belah barangan rumah. Kalau dulu duit $50 cukup belanja seminggu, sekarang sehari dua sahaja sudah habis. Yang paling dirasai adalah kenaikan harga beras dan minyak. Berduyun-duyun pelanggan datang memborong beras sehingga 4-6 guni takut kenaikan harga mendadak; sekaligus menyuapkan tren kenaikan harga.

Kalau dulu tak ada beras, boleh juga makan ubi kayu seperti zaman penjajahan Jepun. Mungkin boleh kita boleh tukar selera dengan menanam dan memakan ubi kayu. Cuma sekarang tinggal di rumah pangsa, mana nak cari tempat nak tanam ubi?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harga beras kegemaran kita melambung sampai $24/10kg....Adoi!!! Sakit poket, sakit kepala...:(

Subscribe